Nasionalpilihan

SPR buka untuk semakan daftar pemilih 2024

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah membuka untuk semakan bagi Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 (DPT BLN4/2024) yang diperaku dan diwartakan hari ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, semakan dibuka selama 30 hari hingga 19 Jun ini, menurut .

Katanya, DPT BLN4/2024 itu mengandungi 36,598 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2024 hingga 30 April 2024 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, 5,204 pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,452 pemilih bertukar status atau kategori pengundi.
“SPR menyeru kepada warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 April 2024 hingga 30 April 2024 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN4/2024,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata SPR menyediakan lima kaedah semakan bagi DPT BLN4/2024 iaitu melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my; portal rasmi Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri http://ppn.spr.gov.my; dan aplikasi dalam talian https://myspr.spr.gov.my.
Kaedah lain termasuk aplikasi mudah alih MySPR Semak atau hotline Semakan Pendaftaran Pemilih menerusi talian 03-8892 7218. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button