Politik

Solidariti beli produk Melayu

DALAM bersolidariti dan mahu memajukan perniagaan orang Melayu, ada kalanya ia berbunyi agak rasis dan mungkin boleh mengguris hati mereka dalam kalangan peniaga bukan Melayu.

Akan tetapi, mereka yang bukan duduk dalam kelompok peniaga bukan Melayu dilihat amat kuat solidariti mereka yang membantu peniaga kaum mereka.

Mesyuarat ADT PUTRA baru-baru ini telah membuat keputusan untuk menggerakkan kesedaran umat Melayu-Islam supaya membeli di pasaraya dan kedai-kedai milik orang melayu-Islam.

Pastinya produk-produk adalah terjamin HALAL kerana peniaga dan pemilik kedai tidak akan mengambil barang TIDAK HALAL untuk dijual di kedai mereka.

Ia juga dapat membantu meningkatkan kegiatan ekonomi umat melayu-Islam terutama pengusaha-pengusaha produk yang dihasilkan oleh orang melayu.

Masa depan politik orang melayu bergantung kepada kekuatan ekonomi. Golongan minoriti mula menguasai politik kerana kekuatan ekonomi yang mereka kuasai.

Kuasa politik tanpa kekuatan ekonomi akhirnya seperti tong kosong yang membawa ke arah menang sorak kampung tergadai.

Sekarang sudah menjadi kenyataan ditambah pula pemimpin melayu-islam leka dan asyik mengejar kepentingan diri sehingga rasuah menjadi budaya hidup.

Bermula Ramadan tahun ini, marilah sama-sama kita meningkatkan azam dan bersolidariti memasuki premis perniagaan milik orang-orang melayu dan membeli produk-produk yang pasti HALAL kepunyaan pengusaha melayu-islam.

Bahan makanan untuk ternakan ayam misalnya, masih belum ada tanda HALAL. Ini menyukarkan umat Islam untuk membezakan bekalan ayam yang keluar dari ladang orang Islam atau bukan Islam.

Timbul keraguan misalnya ke atas bahan makanan ayam mengandungi bahan tidak halal iaitu sumber dari babi. Ini melibatkan kandungan darah, tulang dan lemak babi.

Parti PUTRA menggesa agar pihak MARDI, JAKIM dan lain-lain jabatan berkaitan melakukan siasatan, kajian dan membuat pengumuman rasmi secara terbuka untuk diketahui secara sah dan memudahkan orang ramai membuat pilihan masing-masing serta selamat dari aspek haram halal.

PUTRA menyeru umat Islam janganlah hangat-hangat tahi ayam, bila timbul sesuatu isu mereka seperti bunyi guruh di langit tapi hari tak hujan.

Pepatah Melayu mengingatkan ‘gengam bara api biar sampai jadi arang’.

Ayuh, orang melayu ke pasaraya dan kedai orang melayu sahaja.

Pasang niat, haram ke tempat lain. – SM

BACA Nak Cuba Rasa Kicap Buatan Tempatan? Ini Antara Produk TS Falah Yang Ada Di Pasaran!

BACA Destinasi Super T gabungan 5 jenama tempatan muslim di Starhills, KL

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button