Nasional

Sokongan korporat gahkan Kuala Lumpur Kota Buku Unesco

Oleh Zainal Rashid Ahmad

Sebagai negara muda dalam budaya agam tamadun perbukuan moden – pemilihan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia (KLWBC) satu pengiktirafan besar.
Apa lagi sebagai KLWBC sangat unik. Dipilih sebagai Kota Buku Dunia ke 20 pada tahun 2020.
Tidak mudah mendapat pengiktirafan ini. Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
meletakkan syarat ketat bagi tiap negara yang membida.
Kota Buku Dunia mula diperkenalkan pada 2001 di Madrid, Sepanyol. Seterusnya menjadi acara kekal dengan setiap tahun – sebuah kota akan dimandatkan dengan status hebat ini.
Senarai sebelum ini ialah Madrid, Iskandariah (2002), New Delhi (2003), Anvers (2004), Montreal (2005), Turin (2006), Bogota (2007), Amsterdam (2008), Beirut (2009) dan Ljubljana (2010).
Kota Buku Dunia merentas Amerika Selatan ke Buenos Aires (2011), Erevan (2012) dan Bangkok menjadi Kota Buku Dunia rantau Asia Tenggara yang pertama pada

Buku Dunia rantau Asia Tenggara yang pertama pada 2013.
Ia diteruskan di Port Harcourt (2014), Incheon (2015), Wroclaw (2016), Conakry (2017), Athens (2018) dan tahun ini 2019 di Sharjah, Emiriah Arab Bersatu.
KLWBC menjadikan Kuala Lumpur kini setaraf dengan kota-kota moden dengan status tamadun perbukuan diiktiraf UNESCO.
Tarikh pengsiytiharan pada 23 April depan. UNESCO melancarkan Kota Buku Dunia bertepatan dengan sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

*Gahkan KLWBC sebagai ekosistem baharu perbukuan
Apa pun, demam KLWBC belum menghisteriakan negara. Di sana-sini secara “eye ball” masyarakat tempatan belum menyedari fenomena sambutan kota buku berkelas dunia ini.
Kuala Lumpur belum menampakkan warna fenomena yang bakal dicetuskan KLWBC. Seterusnya, membuka hala tuju baharu agenda perbukuan tempatan bagi dekad ketiga alaf 21.
Peranan KLWBC juga penting sebagai jendela menuju kesinambungan menjelang kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2021-2030.

*Dunia korporat dan perbukuan
KLWBC memerlukan pembabitan GLC dan sektor ko‐ rporat bagi membumi dan merakyatkan budaya buku dan membaca. Ini sejajar dengan syarat UNESCO.
Kita masih berharap sektor korporat berganding bahu dengan kerajaan dalam mempromosi KLWBC. Tidak kira di dalam mahu pun di luar negara.
Alangkah menarik, sekiranya Malaysia Airlines Berhad (MAB), Air Asia dan Malindo menaja bersama dengan melancarkan logo KLWBC sebagai logo penerbangan.
Logo ini mempromosikan kepada dunia dan pelancong yang terbang ke Kuala Lumpur dengan tagline: Anda kini menuju ke Kota Buku Dunia UNESCO.
Alangkah hebat, sekiranya dalam pesawat, buku-buku Sasterawan Negara (SN) dijadikan bahan bacaan
dwi bahasa. Ini cara elit mengangkat karya sastera tempatan dalam dunia penerbangan.
Kita pasti berasa seronok kalau KLIA dipenuhi papan tanda serba agam dengan motto: Selamat Datang ke World Book Capital. Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) menjadi pintu fizikal KLWBC.
Selain melangit, jenama KLWBC harus merangkumi persekitaran hidup anak muda. Terutama generasi persekitaran hidup anak muda. Terutama generasi hipster dan milenial. Kita mahu warisan perbukuan ada kesinambungan pecintanya.

Related Articles

*Jenama KLWBC di mana-mana
Alangkah hebat kalau sedang menanti hidangan menu di restoran Tony Romas, Nando’s, KFC, MdDonald, Old Town White Coffee, Pappa Rich dan Kenny Roger – di meja makan ada catatan puisi SN untuk dibaca.
Kita perlu berkongsi jenama dan acara KLBWC ke segenap platform. Ini penting agar ia tidak inklusif pada sekitar khalayak buku dan sastera sahaja.
Kita perlu akur, khalayak sastera dan pecinta buku sangat minimal saiznya.
Sokongan GLC dan swasta akan mencetuskan gelombang penjenamaan dan promosi yang gah serta fenomenal.
Kita tentu bangga melihat wajah SN A Samad Said terpampang di foyer utama Menara Petronas, Usman Awang di Menara Maybank, Keris Mas di PNB, Kemala di Menara Tabung Haji, Baha Zain di CIMB dan Shahnon Ahmad di Menara Celcom.
Mudah cakap, kita mahu 14 SN dijadikan ikon duta KLWBC. Ini memerlukan sokongan GLC dan swasta.

*TV dan demam perbukuan dan karya sastera
Kita boleh menyimpan harapan tipis bahawa Astro, Media Prima dan RTM terpanggil menganjurkan siri realiti artistik dan estetik. Sama ada muzikal atau teaterikal TV berdasarkan karya SN.
Ini demam dan fenomena yang kita impikan. Men‐ jadikan KLWBC sebagai mercu Kuala Lumpur tidak wajar menjadi tanggungjawab kerajaan sendirian.
Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kementerian Pendidikan memerlukan rakan strategik KLWBC.
Kita tentu berharap, ada inisiatif korporat membantu mengisi bentuk fizikal aspirasi KLWBC. Pada masa sama juga, merancakkan pencapaian spiritual yang ditetapkan UNESCO.
Kita mahu menjadikan KLWBC sebagai dimensi yang dinamik dalam membina semula ekosistem perbukuan nasional.
Kita wajar menjadi negara bangsa yang tinggi tahap literal buku sekaligus membuka mata UNESCO melihat KLWBC sebagai Kota Buku Dunia paling berjaya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button