Berita

Dong Zong tidak peduli kepada membina negara berbilang kaum

Kami membantah keras Dong Zong yang maseh tidak mahu membatalkan perhimpunan menolak pengajaran jawi dalam sekolah jenis kebangsaan yang akan diadakan pada 28 hb Disember 2019 ini.

Jelas Dong Zong bukan lagi badan pendidikan tetapi pertubuhan perkauman sempit berbaur politik.

Nampaknya prasangka buruk badan itu terhadap pendidikan kebangsaan terlalu mendalam bukan atas alasan ilmiah tetapi berasaskan sentimen perkauman.

Rasa bongkak dan besar diri yang menganggap sekolah pendidikan aliran Cina lebih superior dari sekolah kebangsaan menyebabkan apa sahaja unsur yang dilihat “tidak menguntungkan” dan kononnya tidak mengormati hak kaum minoriti Cina akan ditolak malah dibantah keras.

Dengan dasar terbuka kerajaan selama ini kami hairan kenapa Dong Zong tidak melihat dengan sedemikian banyak SRJK ( C ) dan SRJK ( T ) walaupun ada yang kurang murid tetapi tetap dibiaya oleh kerajaan , ia terus bersikap cauvanis sempit terhadap pendidikan kebangsaan.

Jawi telah dilihat sebagai alat penulisan yang dipandang dari sudut agama dan kaum secara sempit oleh Dong Zong.

Pandangan ini jelas serong, sempit dan tidak menghormati sejarah negara. Jawi yang diambil dari tulisan Arab adalah tulisan yang diguna oleh 200 juta bangsa Arab dalam pelbagai bidang ilmu.

Sejarah jawi dinegara ini ialah ambilan dari tamadun Arab yang telah diakui oleh semua bahawa ia telah menjadi sebahgian tamadun alam Melayu sejak penjajahan lagi. Malah seluruh alam nusantara mengguna tulisan jawi.

Bila tanah Melayu merdeka tulisan Arab yang diubahsuai sebagai tulisan yang diguna dirantau ini sebagai tulisan jawi telah mesra sebagai tulisan resmi. Ramai pemimpin bukan Melayu ketika itu malah penjajah British sendiri memahiri tulisan jawi kerana tahu itu adalah tulisan pribumi negara ini.

Bila penjajah memperkenalkan tulisan romawi yang digunapakai oleh sistem pendidikan kebangsaan, tulisan jawi tetap menjadi sebahgian tulisan kebangsaan walaupun tidak lagi diguna secara resmi.

Kami hairan dan kesal apa masalah Dong Zong tidak mahu pelajar mempelajari sesuatu yang baik dan menambah pengetahuan mereka dalam bidang yang memang menjadi sebahgian sifat Malaysia.

Kenapa Dong Zong mengambil sikap sempit dan terpengaruh dengan golongan yang berfikiran sekular barat dan anti Islam ?

Jika tulisan bahasa lain seperti Mandarin dan Tamil boleh dipelajari kenapa tulisan jawi dimusuhi.?

Apa ruginya mempelajari jawi untuk pelajar bukan Melayu sedangkan ribuan pelajar Melayu kini belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina dan mempelajari bahasa dan tulisan Cina ?

Dong Zong terlalu bersikap cauvanis terhadap jawi sehingga sarat dengan sikap yang tidak rasional.

Sikap Dong Zong nampaknya jelas rasis sejak dari penubuhannya. Ia tidak melambangkan sedikitpun rasa kebersamaan dalam membina Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Menolak konsep Sekolah Wawasan pada satu ketika dahulu itupun jelas menunjukkan Dong Zong tidak mahu intergrasi antara kaum diamalkan di negara ini.

Dong Zong melihat memberi pelajar berbilang kaum peluang berinteraksi sejak kecil suatu gugatan kepada kepentingan kaum Cina.

Kami menasihatkan Dong Zong menghormati perasaan bangsa lain dan lebih penting lagi menghargai kesepakatan membina negara Malaysia berteraskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi kerangka Falsafah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Jika ini ditolak kami berhak mempersoalkan apa agenda tersirat Dong Zong mengujudkan sekolah aliran Cina dinegara ini.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden MAPIM merangkap Presiden Teras Pengupayaan Melayu

(Visited 77 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button