Snoop Dog mahu Donald Trump dijatuhkan
RAPPER terkenal, Snoop Dog mengakui dia tidak pernah berpeluang untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi pilihan raya.
Ini kerana dia mempunyai beberapa rekod jenayah sebelum ini yang menghalangnya daripada mengundi.
Namun, tahun ini Dogg sudah disahkan bebas daripada semua rekod jenayahnya sebelum ini dan tidak sabar untuk terlibat dengan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat pada November depan.
Penyanyi Drop It Like It’s Hot itu juga secara terbuka memberitahu yang dia ingin Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump disingkirkan daripada jawatannya.
“Saya sudah tidak sabar untuk mengundi dan menyingkirkan Trump.
“Saya sudah tidak tahan melihat cara dia mentadbir negara dan seseorang perlu menggantikan dia,” katanya seperti dilaporkan USA Today.
Dogg turut meminta peminatnya turun mengundi dan bersama dengannya untuk menolak Trump.
Sebelum ini pun Dogg sudah dilihat sangat anti dengan Trump dan menyifatkan pemimpin itu hanya mementingkan dirinya dan tidak mempedulikan hal rakyat.
Selain Dogg, selebriti Amerika Syarikat yang pernah mengkritik Trump termasuklah penyanyi, Taylor Swift dan pelakon, Leonardo diCaprio. – SM