Nasional

CUEPACS rayu khidmat 603 pekerja kontrak disambung

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) merayu kepada kerajaan untuk menyambung perkhidmatan kira-kira 603 orang pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan yang telah dan akan tamat tempoh kontrak.

Menurut Presiden CUEPACS, Adnan Mat, kongres tersebut menerima banyak aduan daripada pekerja kontrak di agensi-agensi kerajaan yang memaklumkan kebimbangan kontrak mereka tidak akan disambung.

“Sehubungan itu, CUEPACS merayu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya kesemua pekerja kontrak terutamanya yang telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebelum ini diambil semula bekerja.

“Manakala mereka yang kontraknya akan tamat disambung semula,” kata Adnan dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pekerjakontrak yang terlibat tidak perlu dibuang tetapi penggunaan sumber manusia perlu disusun atau dinilai semula dengan menempatkan merekq di kementerian atau agensi yang kritikal.

Adnan berkata, usaha tersebut bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengangguran malah membolehkan kementerian dan agensi yang kritikal dapat berfungsi dengan lebih baik.

Ini sekaligus membantu kerajaan menjayakan pakej-pakej rangsangan untuk menjana semula ekonomi negara.

“Apatah lagi negara ketika ini telah memasuki tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), maka wajarlah kontrak mereka disambung semula.

“Bagi membantu kerajaan memberikan mutu perkhidmatan yang baik kepada rakyat serta melaksanakan pelan pemulihan ekonomi negara,” kata Adnan.

Menurut Adnan, rata-rata pekerja kontrak yang terlibat telah berkhidmat lima hingga sepuluh tahun.

Sepanjang perkhidmatan pelbagai peranan dan jasa telah dicurahkan untuk agensi tertentu justeru tidak menjadi satu salah jika kontrak mereka disambung lagi.-SM

(Visited 141 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button