Sistem Malaysia Tidak Perlu ‘Reset’, Yang Ada Sekarang Jauh Sudah Cukup Bagus?
Pengikut setia parti politik dalam Malaysia yang gemar berselindung dengan menggunakan akaun palsu, bukan nama sebenar atau gambar binatang serta kenderaan berpendapat sistem Malaysia tidak perlu ‘reset’.
Mereka melihat cara memilih tokoh politik wajar dikekalkan dan sesiapa yang tiada kelayakan sekali pun asalkan ada hamba abdi yang ramai untuk memberi undi, layak dijulang sebagai ADUN atau bakal menteri.
Sistem Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) wajar dikekalkan untuk membolehkan petugasnya membuat kerja-kerja mengira secara manual agar setimpal dengan pendapatan dan tenologi seharusnya ditolak.
Dalam erti kata lain, SPR tidak perlu tampil dengan revolusi jumlah undian secara digital dan boleh dipantau secara sistematik sebaliknya penggunaan kertas dan dakwat kekal wajar diteruskan tradisinya.
Sekiranya SPR tidak meneruskan tradisi ini, ia memberi kerugian kepada syarikat yang menyedia kertas pengundian mahu pun dakwat kekal untuk proses demikian dalam PRU-15 kelak.
Selain itu dari segi warisan, silat wajar dihapuskan terus daripada bumi Melayu memandangkan para menteri yang ada pun langsung tak cakna tentang warisan an budaya tempatan.
Apatah lagi agama Islam, nampaknya mutakhir ini lebih ramai kelompok wahabi membiak dalam sektor kerajaan dan mengembangkan fahaman mereka secara awam.
Ulama ahli sunnah wal jamaah pula seperti tikus, malu-malu untuk menegakkan ketegasan untuk isu-isu yang berkait dengan agama Islam, wajarlah pepatah ‘takut kerana benar’ diimplementasikan.
Dari segi aspek pendidikan pula, semoleknya sekolah jenis kebangsaan (SJK) diperluaskan kerana keupayaan sekolah kerajaan seperti sering diperlekeh oleh bangsa Melayu sendiri.
SJK sering memilih dana dan bajet yang tinggi daripada para ibu bapa manakala sekolah kerajaan pula, ibu bapa nak sumbang tabung PIBG pun liat dan hebat memekak dalam media sosial sahaja.
Kempen belilah barangan muslim dan bumiputera juga nampaknya tidak memberi kesan kepada ekonomi terbesar orang Melayu, maka wajarlah kita berhenti dan sumbang sahaja kekuatan ekonomi bangsa lain.
Warga asing serta PATI perlu dikekalkan untuk terus berada di Tanah Melayu ini. Biarkan mereka beranak-pinak dan bermaustatin lama-lama di negara bertuah ini.
Paling kurang mereka boleh memohon kerakyatan menerusi sistem perundangan sedia ada yang menguntungkan orang Melayu kerana kita terus berpeluang menerima ‘ahli keluarga baharu’.
Wajarlah untuk orang Melayu menyayangi orang-orang Bangladesh, Pakistan, Rohingya, pelarian UNCHR dan PATI warganegara China yang memasuki Malaysia menerusi ‘alam bunian’.
Tulisan ini adalah sebuah nukilan sarcasm. Mohon teliti dan fahami mesej yang disampaikan secara sinis. Jangan baca separuh dan anggap, penulis membenci Melayu yang menjadi tuan tanah bumi bertuah ini!
Kredit: Musafir Mengkubung
P/S : Tulisan di atas tidak menggambarkan pandangan Suara Merdeka. Suara Merdeka tidak bertanggungjawab atas komen jelek yang dilemparkan oleh pemilik akaun palsu yang menimbulkan provokasi.