Politik

Siksa Pas sebagai pembangkang akan berakhir selepas PRU15

KUALA TERENGGANU – Siksa Pas selama 61 tahun sebagai pembangkang akan berakhir pada Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) andai pakatannya bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dapat membentuk kerajaan.

Itu juga merupakan janji Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kepada Pas pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Terengganu di Stadium Negeri malam tadi.

Selain menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh kepimpinan Pas, Ahmad Zahid turut berjanji akan bersama-sama dengan Pas membentuk Kabinet selepas PRU15 jika mereka menang.

“Selama 61 tahun Pas terseksa jadi pembangkang, insya-ALLAH lepas menang dalam PRU15, kita sama-sama duduk dalam satu Kabinet.

“Kita berusaha, bertawakal dengan izin-Nya, Putrajaya sudah mesti milik kita dalam PRU15,” katanya.

UMNO dan Pas membuka lembaran baharu dalam politik negara setelah mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah di PWTC pada 14 September lalu.

Ahmad Zahid juga berkata, kekalahab BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bukan sekadar takdir malah ketentuan ALLAH SWT.

“Mungkin ALLAH SWT mahu turunkan pengajaran disebabkan kifarah kesilapan yang berlaku sejak 61 tahun.

“Justeru saya mewakili seluruh kepimpinan UMNO memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki daripada seluruh kepimpinan Pas,” katanya ketika berucap pada himpunan itu.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button