Berita

Sifat santun pagar pertahanan maruah, akhlak – Raja Muda Perlis

Sifat “santun” adalah ’pagar’ dalam budaya yang mampu mempertahankan maruah dan nilai akhlak di kalangan masyarakat.

Dalam hubungan ini, golongan remaja khususnya perlu diberikan penerapan terhadap nilai santun selain difahamkan mengenai definisi sebenarnya terutamanya menurut ajaran Islam. Rasulullah SAW adalah contoh teladan dan ikutan terbaik seluruh umat manusia. Oleh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikuti dan mencontohi sifat-sifat dan akhlak baginda dalam kehidupan seharian.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih yang mana masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid Al Ali Bin Abi Talib Perawah, Dato Kayaman untuk diagihkan oleh amilnya, Ali Ismail baru-baru ini..

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor yang hadir mengiringi baginda menambah bahawa perkara yang sama telah dititahkan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berangkat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Adat Istiadat Melayu Perlis sidang kempat bagi tahun 2021 yang mengajak masyarakat untuk terus membudayakan pekerti “santun” kepada generasi muda hari ini dan semua pihak hendaklah sama-sama memainkan peranan dalam menyebar luaskan didikan adat dan budaya timur yang sentiasa menjunjung nilai ‘santun’ yang sebenar demi menjaga maruah dan harga diri insani.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button