Nasional

Sifat malu benteng kepada gejala buruk bagi masyarakat Melayu – Raja Muda Perlis

Sifat malu menzahirkan akhlak serta budi pekerti yang baik dan mulia dalam pandangan alam Melayu serta kedudukan malu sebagai kerangka akhlak masyarakat Melayu. Sifat malu dalam masyarakat Melayu turut mempunyai kedudukan sebagai mekanisme pembendung diri daripada melakukan tingkah laku yang tidak baik, sebagai kesantunan dan lambang kehidupan bermoral serta sebagai maruah dan kehormatan diri dan bangsa.

Sifat malu membawa dua makna iaitu sama ada baik (positif) atau pun buruk (negatif). Sisi negatif sifat malu sering dianggap sebagai antara faktor penyebab masyarakat bersikap pasif, pendiam, rendah diri, tidak asertif dan tiada keberanian diri. Manakala sifat malu yang baik (positif) adalah berkaitan dengan tingkah laku yang bersopan sehinggalah membawa kepada memelihara martabat kemanusiaan dan kehormatan bangsa.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada seramai 30 orang asnaf terpilih masing-masing menerima RM700 setiap seorang dalam kalangan anak kariah Masjid As Sobirin Kampung Gial, untuk diagihkan oleh amilnya, Azli Jam.

Mengiringi baginda ialah AMMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri yang juga ADUN Mata Ayer, Siti Berenee Yahya dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

Related Articles

Turut hadir ialah seramai lima orang
mangsa yang ditimpa bencana ribut baru-baru ini dari sekitar kariah berkenaan yang turut menerima sumbangan MAIPs daripada baginda untuk tujuan memperbaiki bumbung.

Tambah Tuanku Raja Muda lagi, sifat malu juga merupakan salah satu warisan sifat keperibadian sosial masyarakat Melayu yang harus dikekalkan dan terus dipupuk. Konsep malu merangkumi sistem nilai kepercayaan dan kekuatan orang Melayu. Sebagai cerminan kehidupan sesebuah bangsa, malu juga merupakan satu daripada kerangka akhlak masyarakat Melayu yang mana sifat ini mempunyai perkaitan yang rapat dan kesepaduan dengan konsep lain iaitu konsep akal, ilmu, hati (qalb), agama, adab, bahasa dan juga jahat.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button