Nasional

Siasatan gumpalan rambut dalam kuih limas

TULAR semalam satu gambar yang dimuatnaik salah seorang pelanggan mengenai penemuan gumpalan rambut dalam kuih limas yang didakwa dibeli di bazar Ramadan Teluk Intan, Ipoh.

Susulan kejadian berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu agar ia tidak berulang dan memudaratkan kesihatan orang ramai.

“Apa sahaja kes yang berkaitan, kita minta laporkan kepada Bahagian Keselamatan Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk memudahkan kita mengumpulkan maklumat dan melengkapkan siasatan” katanya.

Beliau mengulas gambar tular dengan kapsyen antara lain menyebut ‘sehelai rambut dimaafkan, tetapi ini segumpal rambut. Peniaga yang menyediakan juadah perlu memastikan kebersihan’ sambil dilampirkan gambar kuih berkenaan dan gumpalan rambut.

Mohd Akmal berkata siasatan dijalankan menerusi Operasi Khas ‘Kuih Limas’ dan disiasat di bawah Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan Akta Makanan 1983 (Akta 281).

Justeru orang ramai diminta untuk membuat aduan sekiranya terdapat peniaga yang tidak mematuhi etika penyediaan dan penjualan makanan ke laman web Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan.

Mohd Akmal berkata orang ramai juga boleh membuat aduan melalui emel [email protected] atau berjumpa terus ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terdekat. – Bernama – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button