Nasional

Siapakah pelakon lelaki yang belasah teman wanita?

RAMAI yang tertanya-tanya siapa pelakon lelaki yang membelasah teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara awal pagi.

Ini ekoran seorang wanita berusia 25 tahun membuat laporan polis didakwa ditumbuk oleh pelakon lelaki tertabit

Mangsa berusia 25 tahun membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Sea Park, kira-kira pukul 6 petang semalam.

Memetik Harian Metro, Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi.

Ketika itu, mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya kerana perselisihan faham.

“Teman lelaki mangsa berusia 37 tahun kemudian meminta wanita berkenaan datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara,” kata Shahrulnizam.

Beliau berkata, sebaik tiba mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya.

“Tiba-tiba teman lelaki mangsa memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button