Siapa Iqbal Zulkefli ni, tanya Rossa
ALAMAK! Bikin malu aje apabila penyanyi dari seberang, Datuk Seri Rossa mengatakan bahawa beliau tidak mengenali siapakah Ahmad Iqbal Zulkefli yang pukul canang bukan sahaja berada di negara jiran itu tetapi juga berkongsi fotonya dengan Rossa.
Janganlah jadi seperti hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, pertemuan yang sesingkat itu bukan bermakna Rossa mengenali Iqbal.
Kata Rossa, beliau tidak mengenali Iqbal disebabkan pertemuan mereka pada ketika bergambar baru-baru ini terlalu singkat tanpa perbualan yang panjang.
Kalau kata-kata Rossa, diva dari Indonesia ini tidak memberi satu tamparan kepada Iqbal, tak taulah nak kata apa lagi.
“Siapa ya? Maaf saya tidak perasan sebab ramai yang bergambar dan sekejap sahaja. Saya terlupa.
“Saya tidak kenal siapa dia. Saya ingat ada orang Malaysia yang bergambar dengan saya di acara tayangan filem Love Knots baru-baru ini tapi kami tidak berbual lanjut selepas ambil gambar bersama,” jelas Rossa.
Sudah terang lagi bersuluh, kalau sekadar berkenalan untuk tujuan persahabatan, Rossa tidak keberatan.
“Kalau berkenalan untuk berkawan, tidak mengapa tetapi kalau teman-teman mahu carikan jodoh untuk saya, boleh sahaja tetapi tidak mahu gosip,” kata Rossa.
Terdahulu, Iqbal dengan gahnya berkongsi foto pertemuannya dengan Rossa dan menyatakan hasratnya untuk mendekati diva berstatus ‘j’ itu. – SUMBER GEMPAK – SM