Hiburan

Shukri fokus lakonan, tak terfikir nak ke bidang perniagaan

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimulakan pada Mac lalu, ramai artis tempatan yang mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan memandangkan banyak tawaran lakonan dan nyanyian terpaksa ditangguhkan serta dibatalkan.

Turut terkesan ialah pelakon, Shukri Yahaya yang terpaksa menggunakan wang simpanannya sepanjang PKP dilaksanakan.

“Memang tidak ada tawaran langsung sepanjang PKP. Saya pula tidak ada perniagaan, jadi terpaksalah menggunakan wang simpanan yang ada untuk teruskan kehidupan.

“Kalaulah PKP tempoh hari berlanjutan sampai enam bulan, memang boleh mengganggu kewangan saya. Alhamdulillah sekarang sudah semakin baik dan pulih,” katanya ketika ditemui semalam.

BACA> Tak kenal, tiada langsung kaitan dengan saya – Zahid

Ditanya sama ada kesan tidak dapat bekerja tiba-tiba itu membuatnya terfikir untuk memulakan perniagaan, jelas Shukri, dia merasakan belum tiba masanya untuk beralih ke bidang tersebut.

Lagipun menurut Shukri, fokus utamanya kini tertumpu kepada dunia lakonan dan jika ingin ke bidang perniagaan sekalipun perlu berkaitan dengan dunia seni.

“Nak memulakan perniagaan ini kena ada minat. Kalau saya sendiri tidak ada minat, risau perniagaan itu tidak akan menjadi sebaliknya membawa kerugian pula.

“Kalau minat nak berniaga itu datang pun mungkin ada kaitan dengan dunia seni sebagai contoh menerbitkan drama atau filem,” jelasnya.

Bercerita mengenai pengambaran selepas PKP pula, Shukri memberitahu yang pihak produksi sangat mengambil berat mengenai pematuhan operasi standard (SOP) melibatkan semua orang.

BACA> Mana ada daif, saya selesa hidup begini -To’ki

Malah, ada beberapa babak yang terpaksa di ubah dan dipotong untuk memastikan pelakon mematuhi SOP yang diberikan kerajaan.

“Memang agak lecehlah kalau nak ikut semua SOP yang ditetapkan. Tetapi itu adalah untuk kebaikan bersama semua pihak.

“Kalau di set pengambaran, setiap hari sesiapa sahaja yang masuk akan disemak suhu badan dan begitu juga melibatkan babak-babak dalam drama.

“Ada babak yang kita terpaksa gunakan ‘camera trick’ supaya adegan itu tidak nampak janggal di dalam televisyen tetapi dalam masa sama, mematuhi SOP,” jelasnya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button