Hiburan

Shuib anggap kepulangan Ayash Affan sebagai hadiah hari lahir arwah isterinya

SELEPAS sebulan berada di hospital untuk dipantau kerana dilahirkan tidak cukup bulan, akhirnya anak selebriti, Shuib dan isterinya, Allahyarham Siti Sarah selamat berada di rumah.

Perkara itu dikongsikan Shuib yang turut memberitahu bahawa kepulangan anak ke empatnya itu sebagai hadiah hari lahir arwah isterinya yang jatuh pada hari ini.

“Allahuakbar… tangan, jari, ‘sebijik tangan ibu. Terima kasih semua mendoakan kesejahteraan anak soleh ini. Terima kasih semua. Syukur Ya Allah atas rahmat-Mu,” katanya.

Ayash sebelum ini terpaksa dilahirkan lebih awal selepas arwah Siti Sarah disahkan positif Covid-19.

Shuib turut meluangkan masa bersama dengan anak-anaknya untuk menziarah pusara arwah bersempena hari lahir arwah pada hari ini.

Dalam pada itu, Shuib turut mengakui yang dia merasa janggal kerana membawa pulang Ayash tanpa arwah isterinya di sisi.

“Terasa janggal, dulu balik hospital bertiga, hari ni balik berdua.

“InsyaAllah, Allah maha mengetahui segala,” katanya.

Pada masa sama, Shuib turut berkongsi beberapa video yang menunjukkan keterujaan ketiga-tiga anaknya itu menyambut adik mereka pulang ke rumah. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button