Politik

Setiausaha Politik PM buat laporan polis terhadap tiga individu

SATU laporan polis telah dibuat terhadap Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Wan Saiful Wan Jan (Wan Saiful) dan Raggie Jessy Rithaudeen (RJ) semalam kerana mengeluarkan dan menyebarkan kenyataan-kenyataan palsu dan bersifat memfitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim berhubung dengan kediaman peribadi beliau di Sg. Long, beberapa kenderaan yang digunakan serta aset-aset lain.

Menurut Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ahmad Farhan Fauzi dalam kenyataannya hari ini, adalah jelas bahawa kesemua kenyataan tersebut adalah tidak berasas, berniat jahat, bermotifkan politik dan kesemua bukti-bukti yang kukuh dan konklusif serta menyeluruh telah dikemukakan kepada pihak polis sebentar tadi.

Antara bukti-bukti yang diserahkan adalah:
i. Perjanjian Pajakan selama 10 tahun bagi rumah di Sg Long tersebut yang bermula dari Ogos 2020 sehingga Julai 2030;

ii.Salinan geran yang menunjukkan bahawa pajakan tersebut telah didaftarkan;

iii.  Bukti-bukti pembayaran pajakan tersebut yang dibayar secara tahunan mulai tahun 2020 tanpa gagal, malah untuk pajakan pada tahun 2023, ianya dibayar seawal bulan November 2022 sebelum Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri.

Untuk kenderaan Jaguar VCQ 8055, ia adalah kereta terpakai sumbangan seorang simpatisan reformasi kepada Yayasan Aman pada tahun 2020 dan usia kenderaan tersebut ketika itu adalah melebihi 10 tahun, katanya.

“Ia digunakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa beliau tidak menjawat apa-apa jawatan di dalam pentadbiran kerajaan.

“Walaupun didaftarkan di atas nama Yayasan Aman, kos penyelenggaraan kereta tersebut beserta insurans dan cukai jalan adalah ditanggung oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan duit peribadi beliau dan tiada langsung dana dari Yayasan Aman digunakan untuk kenderaan tersebut,” jelas Ahmad Farhan.

Untuk kenderaan BMW 7 Series BEM 1, kata Ahmad Farhan dalam kenyataan yang sama, ia adalah pinjaman ihsan seorang ahli perniagaan bumiputra yang digunakan untuk kempen pilihanraya semata-mata dan kenderaan tersebut telah dipulangkan kepada ahli perniagaaan tersebut sejurus selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim menerima kereta rasmi kerajaan.

Ahmad Farhan berkata, untuk aset-aset lain kepunyaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim terutamanya lot tanah di Port Dickson, rujukan boleh dibuat kepada Akuan Berkanun beliau bertarikh 9hb November 2022.

“Laporan tersebut dibuat tanpa ada apa-apa tekanan politik diberikan kepada pihak berkuasa di dalam menjalankan tugas mereka.

“Semua pihak perlu memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka dengan sempurna dan menghentikan budaya tohmah dan fitnah yang amat dilarang di dalam agama,” katanya. – SM

BACA Orang Melaka anggap fitnah, Che’gu Bard tolong rakyat buat laporan polis

BACA Bersatu buat laporan polis bersihkan nama Hamzah Zainuddin

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button