NasionalpilihanPolitik

“Setiap daripada kita dianugerahkan dengan kebolehan tersendiri,” – Tengku Zafrul Aziz

Dalam perjalanan kempen calon Barisan Nasional (BN) P.096 Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz tidak melepaskan peluang untuk menyantuni warga orang kelainan upaya (OKU).

Zafrul menyantuni warga OKU dalam sebuah acara Kejohanan Bowling di Tanjung Karang, Selangor dan aktiviti sedemikian cukup menyentuh hatinya sebagai calon yang bertanding.

“Aktiviti seperti ini dapat membuka mata kita bahawa warga OKU juga mampu melakukan apa sahaja dengan sokongan padu komuniti tempatan.

“Saya berazam untuk memperkasa golongan ini di Kuala Selangor menerusi pelbagai inisiatif termasuklah insiatif pendidikan serta perniagaan, dan akan pastikan mereka tidak ketinggalan,” katanya.

Hasil pertemuan itu, Zafrul memasang niat untuk memastikan kumpulan OKU ini tidak terlepas daripada mendapat bantuan kebajikan yang diperuntukkan oleh Kerajaan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button