Peminat pelakon kacak India, Shah Rukh Khan dan Salman Khan, pasti bergembira kerana kedua-duanya bakal membuat kemunculan semula dengan filem terbaru itu.
Shah Rukh Khan sememangnya pernah muncul dalam filem Salman Khan sebagai cameo dan begitu juga sebaliknya.
Bagaimanapun, sudah 20 tahun Shah Rukh Khan dan Salman Khan tidak pernah muncul dalam filem bersama.
Filem terakhir yang dibintangi mereka berdua ialah Karan Arjun yang ditayangkan pada 1995.