Sepasang suami isteri maut akibat jatuh bangunan hotel di Genting Highlands
SEPASANG suami isteri ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan hotel di Genting Highlands di sini pada Selasa (16 Mei).
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.46 malam, 16 Mei (Selasa).
Berdasarkan siasatan awal, pasangan yang kedua-duanya berusia 37 tahun, dan berasal dari Taiping, Perak, datang ke Genting Highlands pada 11 Mei (Khamis lalu) dan mendaftar masuk ke hotel berkenaan.
“Semakan pada kamera Televisyen Litar Tertutup (CCTV) hotel mendapati sejak hari pertama pasangan itu mendaftar masuk sehinggalah kejadian berlaku, tiada orang lain memasuki bilik mereka kecuali mereka berdua,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zaiham berkata, semakan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau unsur kemungkaran. -SM
Baca juga : Mayat remaja yang dikhuatiri lemas di Bentong ditemui