Seorang wanita maut dalam rusuhan penyokong Trump di Capitol
SEORANG wanita maut akibat tertembak dalam rusuhan oleh penyokong Presiden Donald Trump di bangunan Capitol, Washington DC.
Polis mengesahkan wanita itu tertembak dan dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia.
Kejadian tembakan itu sedang disiasat oleh Polis Metropolitan Washington.
Satu video yang tidak disahkan juga memaparkan seorang wanita yang menjadi sebahagian penunjuk perasaan dalam bangunan Capitol, berdarah setelah berlakunya tembakan bagi menghalang rusuhan berkenaan.
Sementara itu, Trump menyokong tindakan para penyokongnya itu.
“Ini adalah peristiwa yang terjadi ketika kemenangan pilihan raya yang murni, luntur begitu saja dan dengan kejam dilucuti,” kata Trump di Twitter.
“Ingatlah hari ini selamanya!,” katanya.
Pada akhir ciapannya, Trump juga meminta perusuh untuk “pulang dengan cinta dan damai.” – SM