BeritaKemalangan

Seorang penduduk di pangsapuri ditemukan rentung di tingkat 21

SEORANG penduduk dilaporkan rentung di sebuah unit pangsapuri Flora Damansara Block D, Petaling Jaya malam semalam dalam satu kejadian kebakaran.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 9.13 malam.

Susulan dari kejadian tersebut, lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara Sungai Buluh, Kota Anggerik serta Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata sebanyak lima jentera itu digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik, BBP Sungai Buloh, BBP Seksyen 7 dan BBP Puchong dengan kekuatan 25 anggota dan pegawai digerakkan ke tempat kebakaran.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 9.22 malam, pasukan Bomba mendapati sebuah rumah di tingkat 21 telah terbakar sebanyak 90 peratus.

“Seorang mangsa ditemui rentung setakat ini dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi tadi.

Tambahnya, setakat pukul 10.20 malam, api berjaya dikawal dan proses pemadaman secara menyeluruh telah dilakukan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button