Kesihatan

Seorang lelaki maut akibat jangkitan ‘Pemakan Otak’ sejurus pulang dari Thailand

Seorang lelaki warganegara Korea Selatan meninggal dunia akibat terkena jangkitan Naegleria Fowleri selepas pulang dari Thailand.

Penyakit Naegleria Fowleri merupakan sejenis penyakit yang dikenali sebagai ‘Amoeba Pemakan Otak’ dan ia boleh menyerang manusia menerusi hidung lalu menuju ke bahagian otak sehingga merosakkan tisu organ tersebut.

Memetik dari laporan Korea Times, lelaki yang berusia lima puluhan itu baru sahaja kembali dari Thailand 10 Disember lalu setelah menetap di sana selama 4 bulan.

Menurut mangsa, mengalami gejala seperti sakit kepala, demam dan loya muntah-muntah malah sukar untuk bercakap dengan jelas kerana di bahagian lehernya terasa kaku.

Mangsa menerima rawatan secara rapi di Hospital pada 11 Disember untuk menerima rawatan lebih lanjut namun pada 21 Disember beliau disahkan meninggal dunia.

Kes jangkitan ini merupakan kes yang pertama dilaporkan di Korea Selatan, untuk maklumat kes ini kali pertama dijumpai pada tahun 1937 di Virgina Amerika Syarikat.

Kuman tersebut merupakan sejenis amoeba atau mikroorgasnima sel tunggal yang hidup di tanah dan air tawar hangat seperti sungai, tasik dan kolam air panas.

Oleh itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak berenang ke kawasan perairan yang pernah dikunjungi oleh mangsa bagi mengelak jangkitan terus menular dalam kalangan orang ramai.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button