Sukan
Senyumlah Nur Dhabitah
Selain mengucapkan syabas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin juga mahukan Nur Dhabitah menguntum senyuman kerana kesungguhan atlet terjun papan anjal Olimpik Tokyo telah mencuri hati jutaan rakyat Malaysia.
“Aksi dan tentangan yang anda pamerkan dalam final sebentar tadi adalah amat mengagumkan.
“Biar pun tanpa pingat, kelibat dan aksi anak muda berusia 22 tahun ini nyata menghiburkan bersama semangat yang tidak mudah mengalah.
“Layak ke final dan berada di tempat keempat daripada 12 peserta dalam temasya sukan tersohor, Sukan Olimpik Tokyo 2020 juga adalah satu kejayaan yang perlu anda banggakan.
“Jangan sedih. Perjalanan anda masih jauh. Masih banyak kejayaan yang boleh dilakar termasuk pada edisi Sukan Olimpik akan datang.
“Senyumlah Nur Dhabitah!” kata Perdana Menteri.