Semua resolusi AGM Leon Fuat diluluskan
PARA pemegang saham Leon Fuat Bhd hari ini meluluskan semua resolusinya di Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 kumpulan itu hari ini.
Turut diluluskan resolusi untuk meluluskan dividen akhir satu lapis sebanyak dua sen setiap saham bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Leon Fuat yang terlibat terutamanya dalam perniagaan perdagangan, pemprosesan dan pembuatan berkata,
pemegang saham turut mengundi untuk memilih semula Dato’ Sri Ooi Bin Keong, Tan Did Heng, Tan Sack Sen dan Dato Lim Cheng Poh sebagai pengarah serta mengekalkan Chan Kee Loin sebagai pengarah bebas.
Turut dikekalkan sebagai pengarah bebas adalah Did Heng dan Sack Sen.
Pengarah Eksekutif Leon Fuat, Calvin Ooi Shang How berkata, pihaknya gembira bertemu dengan pemegang saham kami semula secara fizikal pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-15 selepas melaksanakan mesyuarat agung tahunan secara maya sebelum ini.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pemegang saham atas kepercayaan dan keyakinan mereka kepada kami dalam melayari tahun kewangan 2021 yang begitu mencabar. Prestasi kewangan kami bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 adalah memuaskan walaupun terdapat pengurangan dalam margin keuntungan kasar keseluruhan.” katanya di sini hari ini.
Antara resolusi lain yang diundi, pemegang saham melantik semula Baker Tilly Monteiro Heng PLT sebagai juruaudit kumpulan dan memberi kuasa kepada pengarah untuk membetulkan semula ganjaran kepada juruaudit.
Ooi menambah, pihaknya agak optimistik dalam mencapai keputusan yang menguntungkan bagi suku berikutnya dalam tahun kewangan 2022 tetapi pihaknya ingin menjelaskan bahawa gambaran pasaran adalah malap memandangkan Bank Dunia telah menurunkan prospek pertumbuhan ekonomi global kepada 2.9 peratus tahun ini daripada 4.1 peratus yang diramalkan pada Januari 2022.
“Bagi menangani risiko, Kumpulan ini akan terus memantau dengan teliti harga keluli serta mata wang asing berkaitan. Kami juga akan mengambil langkah proaktif seperti menjangkakan ketidaktentuan harga dan mata wang dengan merundingkan kontrak hadapan serta menguruskan inventori secara berjimat.” katanya.