Semua penumpang LRT cedera dipindah ke platform
SEMUA penumpang LRT Laluan Kelana Jaya yang terlibat dalam insiden kemalangan sebentar tadi telah dipindahkan dari dalam tren ke platform.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, bantuan kecemasan sedang diberikan kepada penumpang tren 40 dan 81 yang terlibat dalam insiden berkenaan.
“Tuan-tuan dan puan-puan, kami kesal kerana memaklumkan bahawa laluan LRT Kelana Jaya mengalami kejadian, khususnya kereta api nombor 40 dan 81.
“Semua penumpang yang cedera telah dipindahkan ke platform. Bantuan kecemasan dan penyelamatan sedang dijalankan. Keutamaan kami adalah memastikan keselamatan semua penumpang kami. Pengaturan pengangkutan alternatif akan disediakan.
“Kami berusaha secepat mungkin untuk menghulurkan bantuan dan memperbaiki keadaan. Harap bertenang dan ikuti arahan,” katanya.
Kejadian dilaporkan berlaku di laluan antara Kg. Baru dan KLCC.-SM.