Nasional

Ada pemimpin politik bertopeng Islam sembunyi fahaman pluralis

PENDAKWAH bebas Firdaus Wong Wai Hung mendakwa terdapat pemimpin Islam di negara ini mempunyai kecenderungan kepada pluralisme.

Menurut Firdaus pemimpin politik berkenaan beberapa kali mengeluarkan kenyataan di luar negara yang sangat jelas menunjukkan kecenderungan ke arah pluralisme.

I believe I’m not alone in saying that for religious pluralism to flourish in a divided world, it is morally unacceptable to say to people of other faiths. (Saya percaya saya bukan keseorangan dalam mengatakan untuk kepelbagaian agama/pluralisme agama berkembang di dalam dunia ini, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima secara moral untuk mengatakan kepada penganut agama lain).

““We believe in our God and we believe we are right; you believe in your God, but what you believe in is wrong.”
(Kami percaya kepada Tuhan kami dan kami percaya kami adalah betul; kami percaya pada Tuhan kamu tetapi kepercayaan kamu salah).

“Kalau kenyataan di atas bukan mengatakan kesemua agama adalah sama dan betul, maka saya tidak tahu apa lagi yang dimaksudkan beliau,” kata Firdaus.

Menurut pendakwah tersebut, umat Islam seluruh Malaysia tanpa mengira fahaman politik perlu ambil tahu isu tersebut.

Firdaus berkata, buat masa ini beliau masih mengumpul bukti bahawa pemimpin politik berkenaan berfikiran pluralisme sebelum mendedahkannya kepada umum.

“Saya yakin pasti akan pentaksub beliau akan mempertahankan beliau. Saya bersedia dikritik dan dihentam malahan diugut kerana mendedahkan hal yang berkaitan dengan akidah ini.

“Semoga Allah selamatkan Malaysia dari pemimpin yang bertopengkan Islam tetapi memiliki pemikiran dan kecenderungan pluralisme agama (semua agama adalah betul). Allahuma Ameen,” kata Firdaus.

Pluralisme agama ialah satu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama. Ia adalah satu bentuk tolerasi agama di mana agama apa-apa pun dalam pandangan fahaman ini hanyalah merupakan jalan yang berbeza untuk menuju titik kebenaran yang sama.
Golongan pluralis menegaskan tidak boleh ada ‘dakwaan kebenaran’ dari mana-mana kepercayaan bahawa agama merekalah yang paling benar dan juga tidak boleh ada dakwaan bahawa keselamatan sebenar dari seksa neraka hanya diperoleh apabila memeluk agama tertentu sahaja.
Menurut pemeluk fahaman pluralis, agama yang ada hanyalah jalan yang berbeza menuju titik kebenaran yang sama maka semua agama pasti akan menghantar ahli dan pemeluknya menuju syurga.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button