PRK

Pengundi Kimanis mula memilih wakil rakyat mereka

PENGUNDIAN bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.176 Parlimen Kimanis bermula pada 7.30 pagi ini dan dijangka berakhir pada 5 petang.

Kawasan pilihan raya kecil itu merangkumi dua kawasan Dewan Undangan Negeri – Bongawan dan Membakut – dengan seramai 29,619 daripada 29,664 pengundi biasa yang layak mengundi hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka sebanyak 19 pusat mengundi melibatkan 68 saluran untuk mempercepatkan proses mengundi.

PRK Parlimen Kimanis menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Karim Bujang dan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin.

PRK itu juga merupakan PRK ke-10 sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Dis lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Berikut adalah perkembangan mutakhir perjalanan PRK P.176 Parlimen Kimanis

8.40 pagi – Pengundi masih tidak putus-putus menunaikan tanggungjawab mengundi berikutan cuaca yang baik pagi ini di beberapa pusat pengundian antaranya di SK Belatik dan SK Sumbiling.

8.15 pagi – Cuaca cerah sekitar 25 celsius-28 celsius membolehkan semakin ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mengundi antaranya di SK Kimanis dan SK Our Lady Fatima (M) Kelatuan.

8.00 pagi – Petugas SPR membantu seorang pengundi OKU di Kimanis.

7.45 pagi – Pengundi OKU, Mohammad Abdul Rahman, 34, dari Kg Lanas, Kimanis antara pengundi awal di SK Kimanis.

7.40 pagi – Orang ramai mula berbaris untuk menunaikan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis di SK. Kimanis.

7.32 pagi – Pengundi pertama di SK Our Lady of Fatima (M) Kelatuan, Juanis Puduk, 72 tahun.

7.30 pagi – Proses pengundian bermula di 19 pusat pengundian membabitkan 68 saluran. Kebanyakan pengundi awal terdiri daripada warga emas. – BERNAMA

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button