Hiburan

Semak dulu sebelum kena tipu – Nina Iskandar

PELAKON Nina Iskandar rugi ratusan ringgit selepas selepas ditipu peniaga yang menjual barangan bayi di laman sosial Instagram.

Menurut Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 29, dia mula sedar ditipu selepas nombor tracking pos yang diberikan gagal dikesan.

“Masa mula-mula tu saya tak semak pun sama ada penjual itu boleh dipercayai atau tidak.

“Mereka (scammer) tidak berikan saya nombor tracking pun. Saya dapat lepas dua minggu itu pun lepas diminta,” katanya dalam akaun instagramnya.

Menurut Nina, selepas membuat semakan, nombor tersebut didapati palsu apabila gagal dikesan.

Jelasnya, pembelian yang dibuat pada bulan April itu masih belum diterima dan dia siap berpesan kepada orang lain supaya berhati-hati.

“Rupanya bukan saya seorang sahaja yang terkena. Ramai lagi yang senasib dengan saya.

“Malah, mereka sudah beritahu isu penipuan itu salah satu laman sesawang yang menjual barangan dari ig tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut menasihati pengikutnya supaya berhati-hati dalam membuat pembelian dan sentiasa pastikan keaslian barangan dan pihak yang menjual. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button