Hiburan

Selepas pembantu peribadi, ibu Tangmo pula diserang netizen

Ibu Tangmo pula menjadi sasaran serangan di media sosial apabila ibu kepada artis dan model Thailand itu dikatakan menerima kira-kira RM4 juta wang insurans nyawa anaknya itu.

Tangmo Nida Patcharaveerapong yang dikatakan mati selepas terjatuh dari bot, sebelum itu telah membeli insurans nyawa dan meletakkan anak angkatnya sebagai penama.

Anak angkatnya itu pula akhirnya didapati merupakan anak kepada pembantu peribadinya.

Ibu Tangmo selepas ditawarkan kira-kira RM4 juta pampasan, berkata tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain menguruskan mayat anaknya itu.

Netizen berang dan menuduh ibu Tangmo sebagai seorang yang mata duitan dan tidak berminat untuk menuntut keadilan bagi anaknya.

Pembantu peribadi Tangmo kini disiasat polis kemungkinan merancang tragedi itu.

https://twitter.com/yourbrightwin_/status/1499657624832262151?s=21

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button