Hiburan

Selepas cikgu, jururawat pula dakwa jadi mangsa seksual pendakwah muda

SELEPAS cikgu, seorang jururawat pula membuat laporan polis dan mendakwa menjadi mangsa seksual kepada seorang pendakwah muda yang kini sedang ditahan polis.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaluddin yang memberitahu laporan tersebut dibuat di Shah Alam, Selangor.

“Mangsa ialahh seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat dan berusia 26 tahun. Mangsa mendakwa dia telah diganggu secara seksual pada Disember tahun lalu.

“Sehingga kini, kita telah menerima sebanyak sembilan laporan polis melibatkan pendakwah muda itu,” katanya.

Semalam, pendakwah muda itu ditahan buat kali ketiga berkaitan dengan dua laporan polis terhadapnya yang dibuat di Petaling Jaya.

Penahanan itu adalah untuk membantu siasatan terhadap dua laporan polis yang dibuat di Petaling Jaya berkaitan kes rogol dan seks luar tabii.

Pendakwah muda itu kini ditahan reman selama lima hari sehingga Jumaat ini. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button