Politik
Selepas BN Menang PRN, Sultan Johor Titahkan Zahid Hamidi Menghadap Baginda
JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipercayai menitahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghadap baginda hari ini.
Difahamkan ia susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin bagi membolehkan Menteri Besar Johor yang ke-19 dilantik sekali gus mengangkat sumpah.
Sumber BN berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sudah bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi tadi menaiki kereta, selepas menerima titah Sultan Ibrahim itu.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada jam 2.30 petang tadi.
Ahmad Zahid dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat Perhubungan UMNO Johor kira-kira jam 2.50 petang tadi.