AgamaNegeri

Selangor benarkan umat Islam solat ikut kapasiti masjid, surau

MULAI hari ini umat Islam di Selangor dibenarkan bersolat di masjid dan surat mengikut jumlah kapasiti sebenar di rumah ibadat terbabit

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan bilangan jemaah solat Jumaat dan solat lima waktu di masjid dan surau di negeri itu ditambah dengan penjarakan sosial 1.5 meter.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Mohd Shahzihan Ahmad, berkata pelaksanaan berkenaan membabitkan semua masjid termasuk surau yang diberi Kebenaran Khas solat Jumaat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Bagaimanapun bagi solat Jumaat, jemaah masih perlu melalui proses pendaftaran dan penggiliran seperti mana yang ditetapkan sebelum ini.

“Sistem yang lebih cekap sedang dibuat bagi memudahkan jemaah untuk mendaftar dan menerima maklum balas kehadiran solat Jumaat.

“Bagi pelaksanaan solat lima waktu, kaedah kehadiran jemaah secara terbuka adalah dibenarkan sehingga kapasiti sebenar ruang solat selepas penjarakan sosial 1.5 meter dipenuhi atau diisi.

“Bagaimanapun, kehadiran jemaah muslimat (wanita) adalah tidak dibenarkan kecuali di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Diraja Raja Haji Fi Sabililah, Cyberjaya,” kata Mohd Shahzihan dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pihak JAIS akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi memantau pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tindakan tegas akan dikenakan ke atas mana-mana masjid dan surau jika melanggar SOP. Menurutnya, JAIS tidak akan teragak-agak menarik semula kelonggaran yang diberikan demi menjaga keselamatan.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button