Selain Diburukkan Fake Account, Ini Yang Terjadi Jika Langkah PPN Tidak Diteruskan!
Golongan ‘fake account’ yang suci daripada dosa dan bebas kifarah pasti akan berlumba-lumba untuk ‘typing’, siapa paling laju untuk komen penuh dengan kalimah hina, caci serta maki.
Dan komen itu akan ditujukan kepada sesiapa sahaja yang mereka tidak suka, tidak bersependapat lalu dianggap musuh sehingga lupa malaikat Raqib dan Atid sentiasa menulis amalan kita.
Yang menerima serangan ini bukan sahaja orang biasa malah pemimpin negara juga tidak terlepas terkena wabak sial yang dibawa oleh golongan ‘fake account’ tak terkalah ini.
Sejak zaman teknologi berkembang, melepasi era akhbar, zaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperlihatkan budaya caci maki online mula tersebar.
Sejak dari itu, tak kisahlah walaupun Tun Dr. Mahthir diangkat semula sebagai Perdana Menteri selepas menjatuhkan Barisan Nasional, pun terkena azab yang sama menerusi serangan ‘fake account’.
Sampaikan betapa bencinya ‘fake account’ kepada bayi pakatan politik yang baru lahir iaitu Pakatan Harapan untuk bertatih, diserang bertalu-talu sampai mati bayi tersebut.
Mana tidaknya, dari situlah berlakunya gerakan politik yang dilabel sebagai kerajaan tebuk atap atau pun muncul sebagai kerajaan Perikatan Nasional yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Biarpun YDPA telah bertitah kerajaan PN adalah ‘kerajaan beta’, golongan ‘fake account’ tetap melangkah ke hadapan untuk menyanggah dengan serangan persepsi menerusi slogan ‘kerajaan gagal’.
Bayangkan jika Muhyiddin tidak memperkenalkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk mengeluarkan rakyat daripada krisis wabak, cara hidup dan sektor ekonomi.
Pasti lagi teruk sedangkan proses vaksinasi kita antara yang terpantas dan Malaysia pernah membuktikan pernah berjaya dan pasti boleh berjaya bebas sekali lagi.
Paling menarik, golongan ‘fake account’ ini buat persepsi kononnya COVID-19 hanya melanda di Malaysia dan negara lain seluruh dunia bebas dan tiada wabak.
Padahal seluruh dunia sedang berjuang termasuklah Malaysia dan petugas barisan hadapan yang kerja siang malam tanpa cuti itu mereka buat macam ‘sampah’ dengan komen-komen negatif.
Akhir cerita PN, Muhyiddin undurkan diri dan golongan ‘fake account’ ini masih dibayangi dengan slogan ‘kerajaan gagal’ meski pun kerusi Perdana Menteri sudah beralih tangan.
Walau bagaimanapun, mujurlah PPN berada di landasan yang betul dan tanda-tanda positifnya sudah mula dilihat oleh rakyat yang pandai menilai dan tiada sikap benci yang melampau.
Sehubungan itu tidak pelik jika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula sudah menerima bau-bau bahawa golongan ‘fake account’ ini akan melakukan serangan pada bila-bila masa.
Kerajaan celah mana pernah dianggap berjaya oleh golongan ‘fake account’ ini? Perdana Menteri mana yang pernah dianggap terbaik oleh golongan ‘fake account’ ini?
Memang sistem politik kita sebenarnya langsung tak boleh pakai kerana mengadaptasi konsep demokrasi daripada barat dan disesuaikan dengan keperluan Tanah Melayu.
Namun untuk tempoh yang seketika, terimalah ia dan cuba bangkit tampilkan satu sistem yang benar-benar membawa hala tuju Malaysia ke arah Islam dan kemanisan akhirat.
Ini tidak.. yang bangkitnya adalah ‘fake account’ dan langsung tidak berfikir cara untuk membawa hala tuju Malaysia ke arah yang lebih baik. Sekarang ini siapa yang gagal? Kita?