Ekonomi

Sejuta tempat duduk percuma ditawar AirAsia tempoh 72 jam

Syarikat penerbangan tambang rendah terkemuka di Asia, AirAsia menawarkan pelanggan satu juta tempat duduk berharga sifar bagi perjalanan ke destinasi jarak jauh seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan dan India.

Tambang promosi yang ditawarkan oleh syarikat sekutunya, AirAsia X adalah percuma, tidak termasuk cukai dan yuran, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Promosi ini merangkumi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad.

Pelanggan mempunyai 72 jam untuk menempah penerbangan mereka dengan melawat airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia bermula pada Isnin (24 Feb) bagi perjalanan antara 1 Mac 2020 dan 31 Okt 2020.

Ketua Kumpulan Komersil AirAsia, Amanda Woo berkata ini merupakan kali pertama syarikat penerbangan itu menawarkan tempat duduk sifar membabitkan destinasi jarak jauh.

“Bukan sahaja terdapat tempat duduk promosi yang sedang dijual, kami juga mengadakan lanjutan tempoh perjalanan dari Mac hingga Oktober bagi menarik lebih ramai lagi penumpang,” katanya lagi.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button