Politik

Bubar Parlimen, dapatkan mandat baharu – Zaid Ibrahim

JIKA kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, maka bubar sahaja Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata, kerajaan bukannya dibentuk dengan hanya menambah angka di Parlimen.

Mandat untuk membentu kerajaan juga katanya tidak datang daripada pembangkang dan ahli parlimen yang bermalah.

“Sukar dipercayaai kekecohan ini sudah sampai ke istana. Untuk membentuk kerajaan kita tidak tambah angka di Parlimen.

“PH roboh, bubar sahaha Parlimen. Mandat baharu daripada rakyat, Mandat bukannya datang daripada pembangkang dan Ahli Parlimen yang bermasalah,” katanya dalam hantara di twitter.

BERITA BERKAITAN: Kesemua ahli parlimen hadir jamuan makan malam Azmin nyata sokongan kepada Tun M

BERITA BERKAITAN:Cubaan turunkan kerajaan PH satu pengkhianatan – Anwar Ibrahim

Malam tadi boleh dikatakan semua 138 ahli parlimen yang menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri membabitkan parti kerajaan dan pembangkang hadir pada majlis makan malam di Petaling Jaya.

Difahamkan Dr. Mahathir tidak hadir pada jamuan makan malam itu yang dihadiri oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu para pemimpin berkenaan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan kerajaan Pakatan Harapan tidak lagi mendapat sokongan majoriti wakil rakyat.

Sehubungan itu satu gabungan baharu sebagaimana diuar-uakan Pakatan Nasional dibentuk bagi membentuk kerajaan baharu.

BERITA BERKAITAN: Anwar dan isteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong petang ini

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengemukakan perkembangan mengenai cubaan menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, petang ini.

Sembah menghadap pada pukul 2.30 petang, selepas mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar dijangka memaklumkan turut mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen terdiri dari sebahagian PKR, Amanah dan DAP untuk membentuk kerajaan.

Untuk membentuk kerajaan Anwar memerlukan sokongan 112 ahli parlimen daripada 222 ahli parlimen kesemuanya. – SM

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button