Sehelai baju dibeli untuk pakai sendiri…
KADANG kala terfikir, berapa RM sebulan dibelanjakan untuk pakaian, perhiasan diri, aksesori dan mengopi.
Ia hanya untuk kepuasan diri…
Sedangkan, jika sebahagian dari jumlah itu dikurangkan untuk diinfak di jalanNya, ramai yang akan dapat manfaat.
Paling penting, apa yang dibelanja pahalanya akan kekal sampai bila-bila.
Jika membeli sehelai baju, ia hanya untuk muat diri sendiri, pakaipun tidak hari-hari.
Tetapi jika kita mewakaf selimut untuk pelarian Syria pada musim sejuk kali ini, sehelai gebar dapat memuat tiga orang dewasa.
Sepanjang tempoh itu, mereka akan menggunanya pada setiap hari untuk memanaskan badan.
Bayangkan ketika berzikrullah, pelarian di sana berkali-kali mengucapkan syukur dengan mendoakan kita.
Mereka diuji dengan kepayahan akibat konflik dan kita juga sebenarnya sedang diduga dengan kesenangan.
Buat saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang membaca tulisan ini, saya merayu hulurlah bantuan ini dengan segera kerana ia perlu diagih sebelum tibanya musim sejuk. – SM