Sedihnya baca keluhan pekerja pelancongan, penerbangan di FB Najib
SEDIH juga membaca luahan pekerja-pekerja sektor pelancongan dan sektor penerbangan yang kehilangan pendapatan kesan daripada penularan Covid-19 di Facebook Najib Razak.
Ada antara mereka yang hilang pekerjaan dan pendapatan sejak Mac lalu apabila gelombang pertama Covid-19 melanda.
Kumpulan terbabit mengambil kesempatan meluahkan perasaan apabila bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mengetahui cerita kumpulan terbabit.
“Ada kawan-kawan di sini yang dalam penerbangan atau sektor pelancongan? Ya. Sektor pelancongan antara yang terjejas teruk. Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara-saudari.
“Keadaan tidak dijangka pulih dalam masa terdekat dan amat susah. Jika sudi berkongsi apa perancangan dan harapan seterusnya, boleh komen di sini. Saya baca. Saya berharap pihak kerajaan baca dan bantu juga mendapatkan pekerjaan baru,” kata Najib.
Mereka yang terlibat dengan sektor pelancongan dan penerbangan meminta agar urusan mereka menyambung kehidupan dipermudahkan.
“Saya di sektor hotel dan husband pelancongan (tour guide) Now kami dibuang keje since PKP in April. Monthly expenses dah outstanding banyak dan terpaksa jual semua barang rumah, keluarkan saving family, duit anak-anak nak cover expenses. Pindah menumpang dengan parents, sesaknye rasa. Sangat-sangat la membantu if bagi keluarkan akaun 1 KWSP. Caruman bulanan banyak, masa ni la nak guna. Nak tunggu ke pencen tu tak nampak lagi bayang perjalanan hidup kami sekeluarga,” keluah Ahu Matl.
“Assalamualaikum DS, saya pun amat terkesan dan telahpun di buang kerja atau di terminate kan sejak dari bulan 7. Sampai sekarang masih belum mendapat kerja kerana PKP masih berjalan di Selangor dan keadaan ekonomi. Memang jika boleh dikeluarkan akaun KWSP 1 sebanyak RM10 ribu tu dapatlah saya bertahan untuk 4 ke 5 bulan. Rumah sewa, anak 3 orang masih kecil dan wife. Kalau nak diceritakan kat sini amatlah panjang. Mungkin pihak kerajaan tidak nampak segelintir rakyat yang mngalami kesulitan ini,” kata Muhammad Izwan Samsudin.
“Saya pemilik agensi pelancongan. Memang terjejas teruk. Bukan setakat berhentikan staff, nak bayar sewa ofis, nak bayar auditor untuk laporan audit, bayar company secretary pun termengah-mengah. Itu belum expenses family sendiri, bayar kereta, bayar rumah dan lain-lain. Bila keadaan ini berlarutan tanpa bisnes, kemungkinan kita gulung tikar dulu, dan berharap MOTAC mempertimbangkan semula lesen pelancongan utk kami sebaik keadaan pulih. Selalunya permohonan lesen inbound outbound bukanlah semudah itu. Harap YB DS baca. Terima kasih DS,” kata Eddu Badry.
“Anak saya juga bekerja dalam sektor pelancongan swasta Datuk Seri tapi telah disyorkn oleh majikannya cuti tanpa gaji dari mula Covid melanda, sekarang anak saya tidak tau apa mau buat, nak cari kerja lain tak tau di mana ada peluang kerja sekarang amat sukar. Tolonglah bagi peluang kerja atau kursus yang boleh bagi kerja setelah tamat nanti dalam bidang KKM pun boleh,” luah Hassan Kas Haji Lamit.-SM