NasionalpilihanPolitik

“Sedih Abah Tak Jadi Perdana Menteri Lagi”, Peniaga Menangis Sewaktu Dilawati Muhyiddin

Seorang peniaga meluahkan rasa sedih kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu tokoh berkenaan mengambil peluang untuk meninjau keadaan para peniaga tempatan.

Dalam satu video berdurasi 58 saat, Muhyiddin secara kebetulan singgah di salah sebuah kiosk yang menjual pakaian dan peniaga berkenaan iaitu seorang wanita nampak seperti teruja berbaur kecewa.

“Sedih abah tak jadi Perdana Menteri. Kita mengharap dekat abah jadi lagi Perdana Menteri. Walau semua tak sokong abah, kita sokong abah,” ujar wanita itu.

Wanita itu turut menzahirkan rasa bangga kerana dapat bertemu Muhyiddin secara berdepan dan mendoakan kesejahteraan kepada bekas Perdana Menteri.

Muhyiddin pula dilihat banyak bertanya khabar dan memahami dugaan yang dialami wanita berkenaan sebagai seorang peniaga yang mencari rezeki dalam musim COVID-19.

“Mudah-mudahan saya doa abah panjang umur, murah rezeki,” doa wanita itu selepas Muhyiddin memberitahu tujuannya turun padang adalah untuk melihat sendiri keadaan para peniaga. – SUARA MERDEKA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button