Nasional

Sediakan bas kepada mahasiswa: Ebit Lew diminta mohon maaf pada UPSI

AHLI Perniagaan Ebit Lew memohon maaf secara terbuka kepada Universiti Pergurusan Sultan Idris (UPIS) berikutan tindakannya menyediakan 20 buah bas untuk membantu mahasiswa pulang ke rumah masing-masing.

Ebit yang juga aktivis masyarakat membuat permohonan maaf secara terbuka apabila diminta berbuat demikian selepas pihaknya dihubungi oleh Naib Canselor universiti terbabit.

“Saya mohon maaf kepada pihak pentadbiran UPSI terutama Vice Cancelor yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya minta maaf kepada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya terpaksa tangguhkan 20 bas yang saya telah siapkan untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari.

“Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun. Bukan nak apa-apapun. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan,” kata Ebit.

Ebit turut menerima surat daripada Majlis Perwakilan Pelajar UPSI yang meminta beliau untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi proses penghantaran pulang pelajar.

Menurut MPP UPSI, pematuhan SOP amat penting dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid-19.

Ebit perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan UPSI yang kemudiannya akan mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan Majlis Keselamatan Negara.

“Kita tidak mahu sebarang perkara-perkara negatif berlaku terutamanya hal-hal yang berkaitan pandemik Covid-19 dan juga keselamatan pelajar sepanjang perjalanan mereka pulang destinasi masing-masing.

“Kami amat terbuka dan mengalu-alukan bantuan yang dihulurkan oleh mana-mana pihak luar yang ingin membantu mahasiswa UPSI,” kata MPP UPSI.

Jelasnya, pematuhan SOP amat perlu kerana jika ada perkara yang buruk berlaku pihak Universiti, KPT dan negara akan dipertanggungjawabkan.

Ebit sebelum ini menyediakan 20 buah bas bagi kemudahan pulang ke rumah masing-masing selepas KPT membuat kenyataan pada saat akhir bahawa pelajar lama dan baru tidak perlu mendaftar kemasukan berikutan penularan wabak Covid-19.

Ebit sebelum ini menerima banyak mesej daripada pelajar dari pelbagai universiti yang memohon pertolongan.

“Merekalah pemimpin masa depan. Macam anak kita sendiri. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka.

“Banyak pelajar yang mesej saya. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI. Ramai lagi insya-Allah saya akan aturkan dari UITM, UTHM, UPSI dan banyak lagi.

“Yalah keadaan semasa negara Covid-19 meningkat dan membimbangkan. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik,” kata Ebit dalam satu hantaran sebelum ini.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button