Jenayah

Degil: Lelaki pakai gelang merah jambu makan di restoran ditahan polis

TIADA sikap bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri. Sedangkan masyarakat bimbang dengan kes-kes baharu wabak Covid-19 yang kembali meningkat dengan semalam sahaja, 317 kes dilaporkan. Satu jumlah yang paling tinggi berbanding laporan pada Januari tahun ini.

Seorang lelaki berusia 52 tahun memakai gelang merah jambu ditahan selepas dia melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan makan di sebuah restoran di Bandar TAsik Puteri, Rawang, Selangor, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Arifai Tarawe, lelaki itu ditahan di hadapan restoran berkenaan pada kira-kira pukul 7.30 malam setelah pihak polis menerima aduan daripada orang ramai.

Semakan mendapati, lelaki berkenaan diarahkan menjalani kuarantin di rumahnya bermula semalam sehingga 16 Oktober ini selepas ujian saringan Covid-19 di KLIA2 dan keputusan ujian saringan, masih belum diterima, katanya.

Beliau berkata, lelaki itu akan direman mulai esok bagi membantu siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang membahayakan kepada nyawa.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.8) 2020.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi perintah menjalani kuarantin yang telah diberikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga serta orang lain. Perbuatan ini juga boleh menggusarkan masyarakat sekeliling,” kata beliau.

Terdahulu, telah tular di media sosial gambar menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas seorang lelaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. – SUMBER BERNAMA – SM

(Visited 182 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button