BeritaLuar Negara

Sebuah bot bersama tujuh mayat ditemui di Pulau Sado

PIHAK berkuasa Jepun menemui tujuh mayat dalam sebuah bot penunda yang tersadai dekat sebuah pantai di Pulau Sado.

Kesemua mayat tersebut ditemui hampir reput dalam bot yang telah musnah itu ketika pemeriksaan dilakukan pada pagi semalam.

Menurut seorang pegawai polis, dia menyedari kewujudan sebuah bot dekat pantai di Daerah Sobama pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa pantai menjangkakan ia kemungkinan berasal dari Korea Utara berdasarkan kepada tulisan pada bot berkenaan.

Tambahnya, bot berkenaan kemungkinan hanyut dari Utara mengikut angin dari arah barat daya.

Bagaimanapun, orang ramai diminta menjauhi bot berkenaan sementara siasatan sedang dijalankan dan menghubungi 118 sekiranya berlaku kecemasan. – NHK World-Japan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button