YANG di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri terakhir sebelum pemerintahannya berakhir.
Baginda bertitah, beliau merupakan satu-satunya Yang di-Pertuan Agong yang telah diberi kesihatan untuk memerintah negara dengan empat perdana menteri bersama empat jemaah menteri berlainan.
“Beta berharap perdana menteri yang ke-10 ini adalah yang terakhir sebelum beta berangkat pulang ke Pahang,” titahnya ketika merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15.
Sultan Abdullah secara rasmi ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 pada 30 Januari 2019. – SM