AgamaNasionalNegeri

Sebarkan kasih sayang sesama Islam, masyarakat lain – Pemangku Raja Perlis

PEMANGKU Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, umat Islam perlu mempraktikkan amalan menyebarkan kasih sayang sesama seagama dan masyarakat lain bagi membentuk perpaduan Ummah yang lebih kukuh dan erat.

Baginda bertitah, ini kerana pentingnya hidup bermasyarakat kerana dengan perpaduan serta muafakat inilah akan terhasilnya kasih sayang, saling menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain.

Titah Baginda, dengan adanya rasa kasih sayang, manusia memperoleh kedamaian, keamanan dan rasa empati terhadap orang lain.

Baginda bertitah, dengan kasih sayang juga mendorong manusia untuk membantu meringankan penderitaan yang dialami orang lain.

Related Articles

“Sebaliknya tanpa kasih sayang akan membuatkan manusia lebih mementingkan diri sendiri, bersikap tertutup, tidak peka, tidak memikirkan kepentingan orang lain dan sebagainya,” titah Baginda.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda MAIPs Bilangan ke 7 bagi tahun 2023 di Masjid Tun Abdul Razak, Repoh, Kangar baru-baru ini.

Berangkat sama anakanda Baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Pemangku Raja yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) turut berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada seramai 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan. Masing-masing menerima RM400. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button