Sebanyak 22 rancangan akan dipertontonkan oleh TV Al-Hijrah sempena meraihkan Ramadhan
SEMALAM, berlangsungnya pelancaran program Ramadhan yang akan diterbitkan oleh TV Al-Hijrah dengan tema rancangan ‘’Ramadan Mentadabbur keindahan’’ bertempat Kereta Api Kuala Lumpur.
Sebanyak 22 rancangan akan dipertontonkan seperti Khatam Al-Quran,tayangan filem Iman dan drama serta program-program ilimiahyang mendidik jiwa dengan ilmu dakwah dan hikmah.
Selain itu terdapat juga penerbitan dalaman dan syndicated seperti Apa Cerita Kome bersama Ustaz Dato’ Mohd Kazim Elias, Ihya Ramadan tajaan aplikasi Digital Khair oleh Qudwah Technology, Ibrah Ramadan, Camca, Sembang Moreh, Peristiwa Ramadan, Ayat Riwayat Risalah Anbiya dan banyak lagi. Manakala, terdapat satu program branded content iaitu Ehsan.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Setia Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, pada tahun ini TV-AlHijrah menyasarkan jumlah penonton seramai 7 Juta dengan menyediakan program-program menarik melalui Tv stesen itu.
‘’Jika tahun lepas jumlah penonton seramai 6.64 juta jadi insyallah pada tahun ini TV-Al Hijrah dengan rancangan yang menarik pada tahun ini menyasarkan kenaikan 10%, menjadikan sepajang bulan Ramadhan ini seramai 7 Juta jumlah penonton.
‘’Sebab itu lah TV Al-Hijrah mengambil cara sebegini dengan mempelbagaikan program-program ada yang berbentuk filem ada yang drama serta ceramah, saya sendiri terlibat dalam memberikan satu slot Hijrah Ramadhan.
Tambahnya lagi, beliau percaya melalui program-program ini dapat menarik minat golongan anak muda terutamanya untuk terus menonton dalam tempoh Ramadha ini.
‘’Kita nak memastikan golongan-golongan belia dengan cara menarik yang akan dipersembahkan di TV Al-Hijrah dalam tempoh Ramadhan ini menarik penonton-penonton untuk menonton TV- Al Hijrah.
Harapannya juga untuk warga kerja TV Al-Hijrah untuk terus komenten dalam menyediakan rancangan yang baik.
‘’Harapan saya yang pertama untuk TV Al-Hijrah mengekalkan prestasi yang baik, dari yang baik kepada yang cemerlang sebab ini harapan kita yang beriman dan TV-Alhijrah ini juga mengwakilkan islamik jadi ada peranan yang besar dan kebaikan’’, jelasnya pada sesi sidang media pelancaran semalam.
TV AlHijrah akan menyiarkan drama bersiri Arab yang memaparkan kisah perjalanan hidup seorang daripada empat tokoh imam mujtahid masyhur yang membangunkan empat mazhab fiqah terbesar dalam Islam iaitu Imam Al–Syafie.
Dalam memastikan anak-anak muda digerakkan agar memahami dan menghayati al-Quran, TV AlHijrah juga memperuntukkan 141 jam siaran, bagi menyiarkan empat rancangan istimewa bernadakan kalam suci Ilahi. Rancangan-rancangan tersebut adalah Syahadah al-Furqan, Khatam Ramadan, Tadarus Quran@114 dan Kapsul Taranum Challenge.
Majlis perasmian Pelancaran Program Ramadan Mentadabbur Keindahan TV AlHijrah turut dihadiri Pengerusi TV AlHijrah, Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.
Artikle Berkaitan :>
Program pertama, TV Alhijrah beri barangan kepada penonton secara PERCUMA!