Ekonomi

Scammer Sedang Memerhati Status ‘Syukur.. Berjaya Keluarkan KWSP’

18 April 2022 memberikan khabar gembira buat pemegang akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kerana desakan demi desakan, Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas sehingga RM10,000.

Nilai tersebut adalah paling maksimum dan ia dibayar secara one-off dengan harapan serta doa, tiada lagi musibah dalam masa terdekat selain pemegang akaun KWSP boleh menguruskan survival masing-masing.

Kalau diikutkan perancangan awal, tarikh pengeluaran awal adalah bermula 20 April 2022 namun kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, setiap hari beliau menerima permintaan rakyat.

Sehubungan dengan itu, Kerajaan begitu prihatin dengan kehendak rakyat dan bantu mempermudahkan urusan ini ditambah pula tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidilfitri.

Namun demikian suka diingatkan kepada semua pemegang akaun KWSP, usah sesekali muat naik status dalam media sosial dengan ayat yang berbau misalnya, ‘Syukur.. berjaya keluarkan KWSP’.

Hal ini demikian kerana ribuan scammer sedang menanti saat ini dan melancarkan strategi yang pelbagai dan akan memusnahkan harapan pemegang akaun KWSP yang cetek akal serta mudah diperdaya.

Dijangka dalam tempoh 48 jam, scammer akan mula melancarkan strategi seperti:

  1. Kempen sertai saham
  2. Kempen simpanan alternatif
  3. Program beranakkan duit KWSP
  4. Pelaburan singkat, pulangan jangka masa panjang
  5. Menggunakan profil rakan karib dan menyamar

Yang dinyatakan di atas cuma sebahagian namun sangat disarankan kepada anak-anak yang ada ibu, ayah serta ahli keluarga, panjang-panjangkanlah pesan ini.

Jangan sampai ada orang-orang kita terpedaya kepada permainan scammer yang nampak ‘bodoh’ tetapi sangat ‘licik’ sehingga pelbagai golongan termasuk orang professional juga boleh diperdaya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button