Bola SepakSukan

“Saya Tidak Tuntut Yang Bukan-Bukan” – Salah Kata Begitu!

LIVERPOOL: Mohamed Salah memaklumkan kepada Liverpool supaya membayar nilai yang setara dengan kebolehannya untuk rundingan kontrak baharunya.

Kontrak bintang Mesir itu hanya berbaki 18 bulan lagi dan mengakui mahu terus kekal di Anfield.
Namun dia beranggapan kontrak baharunya bergantung kepada pengurusan The Reds.

“Saya mahu terus kekal tetapi keputusan tidak berada di tangan saya. Ia berada di tangan pengurusan.
“Mereka tahu apa yang saya mahukan. Saya tidak tuntut yang bukan-bukan.”

Untuk Salah, hubungannya bersama penyokong tidak lagi perlu dipersoalkan namun isu kontraknya hanya boleh diselesaikan oleh pengurusan tertinggi kelab.

“Perkara paling penting adalah apabila anda meminta sesuatu, mereka tunjukkan yang mereka boleh berikannya kerana mereka menghargai apa yang anda lakukan untuk kelab.

“Sudah lima tahun saya di sini dan saya betul-betul kenal dengan pasukan. Saya kenal penyokong dan mereka pun sayangkan saya.

“Tetapi pengurusan pun sudah dimaklumkan dengan situasi ini (kontrak baharu). Semua (keputusan) di tangan mereka,” tambahnya. -AGENSI

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button