‘Saya setuju dengan Ramasamy’
KISAH peletakan jawatan Maszlee Malik sebagai jawatan Menteri Pendidikan masih lagi hangat diperkatakan.
Setelah ramai tertanya-tanya kenapa Maszlee bertindak sedemikin dan secara tergesa-gesa, namun episod baharu tentang beliau kini lebih tertumpu kepada siapa yang bakal menggantikannya.
Beberapa nama mula dijadikan sandaran sebagai pengganti terbaik untuk menggalas jawatan Menteri Pendidikan oleh beberapa pihak yang cuba bertindak sebagai pak nujum yang cuba meramal masa depan.
Malah lebih keji lagi ada pihak yang cuba membuat fitnah dan mencetus retorik perkauman dengan menamakan orang bukan Melayu dari parti DAP yang bakal mengisi kekosongan itu dengan mengaitkan nama seperti PTPTN dan sebagainya.
Namun hakikatnya siapa yang bakal menjadi Menteri Pendidikan adalah bidang kuasa Perdana Menteri akhirnya.
Namun ada juga pihak yang cuba menokok tambah tentang kenapa Maszlee meletak jawatan sedangkan orang itu terlupa pula cermin diri apa pula jasa dan sumbangan yang telah diberikan kepada rakyat dan negara.
Antaranya orang seperti Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy yang cuba pula mencari kesalahan Maszlee tanpa sedar dia sendiri terpalit pelbagai isu dan kontroversi yang menjelikkan.
Sudah-sudahlah mengkritik dan mencari kesalahan orang sedangkan kain sendiri hampir terlondeh dek kerana banyak sangat kelemahan dan retorik yang tidak boleh ditutup.
Dalam hal ini penulis tertarik untuk berkongsi hantaran yang dibuat oleh pendakwah terkenal Firdaus Wong Wai Hung di laman Facebook miliknya.
Di sini disertakan apa yang telah dikongai oleh Firdaus Wong untuk tatapan pembaca Suara Merdeka:
“Sebagaimana sahabat semua tahu, jarang saya bersetuju dengan Ramasamy tetapi kali ini saya terpaksa bersetuju dengan Ramasamy. Ya, saya setuju dengan Ramasamy! Biar betul? Ya betullah tu. Kenapa tak percaya ah?
“Saya setuju dengan Ramasamy bahawa Dr. Maszlee Malik hanya tumpu idea kecil. Idea kecil dan perubahan mikro bukan perubahan besar.
“Kita Malaysia kena fokus ideal besar dan perubahan makro seperti mempamerkan gambar ketua pengganas LTTE, V Prabhakaran ke sekolah agar murid Malaysia kenal hero pengganas!
“Idea kenalah besar seperti mengagungkan kumpulan pengganas LTTE dan ketua pengganas dan membawa tokoh LTTE. Perubahan besar kenalah seperti menyokong kumpulan pengganas dan cuba hidupkan ideologi pengganas LTTE!
“Idea besar kenalah datang dari tokoh pengganas besar dan sekutunya seperti tokoh kanan LTTE KP Kumaran yang dikehendaki oleh Interpol yang menghubungi Ramasamya bagi memaklumkan kematian Prabhakaran. Itu baru idea besar dari tokoh besar pengganas LTTE seperti KP!
“LTTE pun buat kejutan besar tak main gaduh tepi jalan tetapi terus pakai C4 meletupkan diri dan membunuh orang awam. 100 lebih Muslim yang sedang sujud pun ditembak mati dalam masjid. Tokoh yang LTTE bunuh pun bukan calang orang yang ada idea idea kecil tetapi mereka bunuh bekas Presiden Sri Lanka dan juga bekas Perdana Menteri India yang mempunyai idea besar dan mahu membawa perubahan besar mengekang LTTE!
“Saya setuju dengan Prof. Dr.Ramasamy… -SM