fbpx
BeritaNasional

KDN kemuka laporan tepati janji Pakatan Harapan

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pelaksanaan janji kementeriannya berdasarkan Buku Harapan.

Laporan dibuat menerusi gambar yang dimuat naik dalam Facebooknya menyatakan janji yang dilaksanakan itu berkaitan dengan 19 inisiatif yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH).

Antara yang dilaksanakan adalah penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penemuan Kem Penempatan Sementara dan kubu di Wang Kelian, Perlis.

Menurut kementerian itu, hasil persidangan suruhanjaya berkenaan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong pada 30 Oktober lalu di Istana Negara.

Dalam pada itu, KDN turut melaporkan seramai 116,194 pendatang asing tanpa izin (PATI) mengikuti program pulang ke negara asal secara sukarela.


Bagaimanapun, seramai 100,242 telah pulang ke negara asal sehingga 2 Disember 2019.

Selain itu, inisiatif kemudahan permohonan kewarganegaraan juga dilakukan bagi memudahkan remaja berusia di bawah 21 tahun dan warga emas berusia 60 tahun ke atas.

Menurut KDN, kemudahan tersebut adalah selaras dengan Perkara 15A dan Perkara 19 (1), Perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu, Program Bandar Selamat (PBS) turut dilaksana melibatkan 22 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Antara intipatinya adalah penyediaan 560 unit elemen pencahayaan, 5,462 meter laluan pejalan kaki, 9,233 meter rel penghadang, 149 unit papan tanda keselamatan, 21 unit elemen redaan trafik dan 64 unit cermin keselamatan.

Selain itu, keselamatan perairan negara turut dipertingkatkan menerusi penubuhan Jawatankuasa Penguatkuasaan Secara Bersepadu dan Jawatan Kuasa Dasar dan Perundangan.

Kedua-dua jabatan tersebut ditubuhkan dan berjaya menangani pencerobohan nelayan asing secara bersepadu dalam Ops Naga.

Turut dinyatakan dalam pelaksanaan janji adalah kajian penubuhan badan tunggal bagi mengawal sempadan.

Penubuhan tersebut bertujuan meningkatkan penyelarasan proses pemeriksaan secara efisyen melalui single clearance mechanism dalam mempertingkatkan aspek keselamatan di samping memudah cara perdagangan.

Bagaiamanapun dalam perkembangan sama, Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassing menjelaskan pelaksanaan inisiatif KDN itu memerlukan penglibatan semua pihak.

“Dalam era globalisasi yang semakin mencabar dan perkembangan teknologi baharu berasaskan Revolusi Industri 4.0, risiko ancaman terhadap keselamatan negara kini semakin kompleks dan merentasi sempadan.

“Senario ini memerlukan penglibatan semua pihak untuk bersama-sama kerajaan menghadapi dan menangani isu serta cabaran keselamatan semasa.” katanya. – SM

(Visited 2 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button