Nasional

Saya bukan antiorang kaya – Anwar Ibrahim

“Saya bukan antiorang kaya, saya memang mahu orang menjadi lebih kaya, supaya dapat dikenakan cukai,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Secara berseloroh Perdana Menteri menyambung: “Kita sedang memberi subsidi kepada golongan kaya, daripada elektrik hingga ke petrol.
“Jadi Kerajaan memutuskan untuk menghentikan subsidi (secara menyeluruh) kepada mereka dan warga asing, tanpa memberi impak kepada 90 peratus rakyat (berpendapatan rendah dan menengah).”
Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Majlis Simposium bertemakan “The Path Towards Greater Prosperity for Malaysia” di Pusat Konvensyen Antarabanga Putrajaya (PICC), pada Rabu.
erdana Menteri berkata, kerajaan melalui Belanjawan 2024 lebih memberi fokus kepada usaha mensasarkan semula subsidi, yang sebelum ini hampir 50 peratus darinya dinikmati oleh golongan 10 peratus terkaya di negara ini.
“Jumlah subsidi kini sudah mencecah RM81 bilion. Jadi isunya bukan semata-mata pencukaian, tetapi sudah tentu untuk merasionalisasikan subsidi.
“Jika berjaya kurangkan perbelanjaan subsidi RM20 bilion atau RM15 bilion, dan kemudian kita boleh melihat kaedah pencukaian yang lebih baik untuk kemampanan pendapatan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri berharap agar peserta simposium tersebut, sama ada ahli akademik, ahli Parlimen, atau wakil Kerajaan, dapat memberi pandangan dan berbincang tentang kaedah mencapai tadbir urus yang lebih baik.
Terdahulu, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya, Tan Sri Zainah Anwar dalam ucapan pembukaannya berkata, simposium tersebut memperlihatkan perwakilan daripada spektrum pemegang taruh yang pelbagai, yang sama ada secara langsung atau tidak langsung, membentuk polisi berkenaan kesejahteraan dan kemajuan negara.
“SWRC selaku pusat penyelidikan pelbagai disiplin yang tertumpu pada penyelidikan dalam perlindungan sosial, penuaan dan kesejahteraan sosial, komited dalam misinya untuk menyediakan cadangan dasar berasaskan bukti dan perundingan untuk menggalakkan pembangunan ekonomi dan perpaduan sosial.
“Simposium ini berfungsi sebagai platform penting untuk perkongsian pengetahuan dan pandangan mengenai isu dan cabaran kritikal yang berkaitan dengan merasionalkan subsidi, melaksanakan pembaharuan cukai, dan meningkatkan sistem perlindungan sosial kita,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button