Politik

Saya akan bersihkan diri saya dimahkamah – Zahid

DATUK Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertekad membersihkan dirinya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya dalam hantaran ke facebook.

Zahid dalam pada itu menjelaskan kes yang membabitkan beliau hanya ditangguh sehari iaitu hari ini, (Isnin, 2/3/2020 ).

“Esok, kes akan disambung semula seperti biasa.

“Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini.

“Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya.

BACA: Kes tangguh, Zahid perlu hadir mesyuarat bentuk kabinet

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button